Wednesday 28 September 2011

TRw Da Best!!!

 
Kelantan vs Felda United 
Result Kel =2 Felda = 0

gud LUck For Da Next Games..
lawan Ganu..gomo kelate gomo.!!!

Tuesday 27 September 2011

TRW!!!!!

 pemain-pemain kelantan..
 
 
AKSI hebat kelantan vs sarawak..

Sunday 25 September 2011

Anda BOleH?????

saTu kejaYaan kecil mencipta Satu Kejayaan Yang Lebih Besarrr...
Renung2 kannn...
 

Jika Anda Positif....
Berubah Untuk Kebaikan!!!!

Saturday 24 September 2011

stresss!!!!!!!!!!!!!

Di ANTARA TANDA-TANDA STRESS IALAH :
Ø  Otot-otot muka bergerak
Ø  Cakap gagap atau tidak terus (stuttering) atau gagap
Ø  Menggigit kuku atau bibir
Ø  Mengetuk lantai atau meja dengan tangan atau kaki cara berterusan
Ø  Menggoyangkan kaki
Ø  Jantung berdebar
Ø  Pernafasan cepat



Ø  Sakit perut yang tidak ada kaitan dengan makanan
Ø  Muka merah atau pucat
Ø  Tangan sejuk dan berpeluh (basah)
Ø  Rasa loya atau tidak lalu makan
Ø  Mulut kering
Ø  Rasa takut sesuatu akan terjadi
Ø  Kerongkong rasa tersekat
Ø  Sentiasa menelan air liur
Ø  Tidak boleh tidur atau ada masalah tidur
Ø  Tidak boleh memberi tumpuan
Ø  Selalu pening kepala atau sakit
Ø  Lemah lutut
Ø  ‘Fidgetiness’, iaitu mengusik orang, merosakkan barang-barang atau mendera binatang






Ø  Senang panik
Ø  Senang lupa
Ø  Ceret-beret yang tidak ada kena mengena dengan makanan
Ø  Kencing malam
Ø  Mengigau
Ø  “HYSTERIA” atau menjerit-jerit tanpa sebab
Ø  Merajuk

Friday 23 September 2011

RED YEAST COFFEE


Beras Merah
Beras merah merupakan seratus peratus bahan semulajadi, serbuk makanan terhasil daripada proses penapaian Monascus purpureus, sejenis yis ke atas beras. Beras merah ini telah digunakan oleh masyarakat China secara tradisional lebih daripada satu milinium yang lepas di dalam:

Membantu mengurangkan ketidakhadaman, cirit birit, sakit perut.
Membantu mengurangkan aras kolesterol dan kolesterol LDL.
Menggantikan suplemen diet untuk membantu mengurangkan aras kolesterol serum dan juga trigliserida.
Membantu meningkatkan aras HDL (kolesterol baik)
Membantu menyihatkan sistem kardiovaskular.


Beras Merah

Kopi Beras Merah Uptrend2u™ diperbuat daripada biji kopi yang diimport dan beras merah, adunan yang istimewa ini memberikan rasa kopi yang lazat dan enak.

Saranan Pengambilan
Tuangkan sepeket Kopi Beras Merah ini ke dalam secawan air panas (85°C, 150ml), kacau, dan sedia diminum. 


Harga Runcit Setiap Unit
Kopi Beras Merah : RM23.00


KFCM DA bEST (@_@)

Ermmm...
bIARpom malaysia kalah ngan Jepun...TAPI aku teTap Sokong..Malaysia Boleh!!!!!
PerlawaNan Yang Best....Jom Layan...
Tgk ketangkasan KFCM menyelamatkan gawang Malaysia
daripada banyak dibolosi...Bersungguh2...suka sangat:) 
Majulah sukan Untuk Negara












~al kisah MLM~

MLM??? Sebut je MLM mesti korang  terbayang, Jualan langsung, skim cepat kaya, ponzi, head hunting, skim piramid, orang tipu orang dan macam macam lagi pandangan negetif. Namun tidak dinafikan ada juga yang berpandangan positif. Untuk mengetahuinya jom jalan2 kat blog niii...

 
 
 
 
 
Ni Plak Garis Panduan Dalam Bidang MLM....sila baca kat cni
 

Semoga Anda Memahaminya....Anda Yang Positif????hmmm

Thursday 22 September 2011

lagu pembakar semangat ku.....!!!!!


anDA YAng PosiTif..!!!!!!

Skim Piramid

Skim Piramid adalah skim yg tidak sah di mana sebilangan besar orang di peringkat bawah skim tersebut membayar kepada sebilangan kecil kepada orang ATAS. Setiap peserta baru membayar supaya berpeluang menuju ke peringkat atas dan meraih keuntungan daripada pembayaran orang lain yang menyertai kemudian.

JANGAN TERPERDAYA OLEH SKIM PIRAMID......!!!!!!!!!!!!

Skim pyramid menitikberatkan keuntungan hasil daripada pengambilan ahli baru sahaja sedangkan tiada usaha diambil untuk memasarkan barangan kepada pengguna.skim pyramid adalah satu proses di mana orang di peringkat bawah membayar kepada orang di peringkat atas. Sememangnya, skim pyramid tidak dapat bertahan lama kerana pengambilan ahli baru akan kehausan. Seterusnya, skim pyramid tidak akan beroperasi lama dan sesiapa yang menyertainya kemudian tidak dapat balik yuran penyertaan

Tuesday 20 September 2011

Cara Solat Jamak!!!

Solat jamak ertinya menghimpunkan dua solat dalam satu waktu, misalnya menghimpunkan solat Zohor kepada Asar dan sebaliknya serta fardhu Maghrib dan Isyak dan sebaliknya.

Jamak Taqdim adalah bila solat Zohor dijamakkan dengan Asar pada waktu Zohor,solat Maghrib dan Isyak pada waktu Maghrib. Syarat jamak Taqdim iaitu dimulai
dengan solat yang punya waktu, niat jamak pada solat yang pertama, muwalat atau
berturut-turut, berkekalan musafirnya hinggalah takbir solat yang kedua.

Jamak Ta'khir adalah, melaksanakan solat Zohor dan Asar pada waktu Asar, solat
Maghrib dan Isyak pada waktu Isyak. Syaratnya berniat hendak menta'khirkan solat
yang pertama pada waktu yang kedua, berkekalan musafir sehingga selesai kedua-dua
solat. Solat jamak Tak'hir tidak disyaratkan tertib ertinya boleh yang mana dahulu dan
yang mana kemudian.

UptrEnd2U (TRB Network)

Hmm...
alkisahnya...19.09.2011.. Jam 8.49pm..

Dengan Rasminya aku sudah menjadi warga TRB network...hehe..
I decide 2 join dis bisness as my full time job..
Bayar RM 150 dapat brg bernilai sebanyak RM100..RM50 lg harga card..keahlian seumur hidup..

serba sedikit pasal uptrend2u..

@Uptrend2u, sistem perniagaan e-dagang perangkaian yang utama di dunia.
@Ahli-ahli terdiri daripada individu-individu daripada segenap lapisan hidup, daripada pembiaya kewangan dan pihak pengurusan ahli strategis, kepada guru-guru, pesara dan siswa-siswazah baru;suri rumah pom ado join...Masyuk......:)
@Sistem online dan offline yang merupakan konsep perniagaan terkini.
@Risiko yang minima, kerana modal yang minima

Produk Yang Best like...
#Lumiglow
#NutriGaMat
#Perfume
#Kopi Red Yeast
#Keperluan Rumah..like sabun debu,fabric softner,sabun Basuh Pinggan
# and banyak lagi......


P/s: All da Best 2 Me..ajaja Fighting...go..go..

Anda Yang Positif

Monday 19 September 2011

UsaHa Tangga Kejayaan....:)

Sering saya dengar keluhan ini:
"Saya dah kerja keras setahun dua... tapi sampai hari ni tak berjaya juga!"

Untuk menjawab keadaan ini sekiranya anda tergolong dalam keadaan ini, saya ingin ibaratkan sebagai kerja "pemecah batu".

Zaman-zaman dulu, kalau nak pecahkan batu, perlu lakukan manually. Zaman sekarang guna machine... tapi, kita lihat zaman dulu lah ye.

SO, zaman dulu, untuk memecah batu, perlu lakukan manually. Dengan penukul besar, pekerja perlu bertalu-talu mengetuk batu tersebut. Ketuk 10 kali... macam tu juga rupa batu tu. Ketuk 50 kali, macam tu juga rupa batu tu. Tak pecah pecah... ketuk 100 kali pun, tak pecah juga...

Tetapi, ketuk kali yang entah keberapa, terus batu tersebut pecah berkecai!

Walaupun, kesemua ketukan tersebut adalah pada kekuatan yang sama, maksudnya, bukan ketukan yang terakhir itu kuat daripada yang lain- semua sama kekuatan sahaja. Lambat laun, batu tersebut akan berpecah berkecai dengan satu ketukan sahaja- yang entah keberapa. Tetapi, ia akan mustahil pecah tanpa pukulan-pukulan sebelumnya!

Kejayaan anda juga perlu diibaratkan sebegitu. Kesemua usaha anda akan diambil kira- walaupun tak nampak dilihat kejayaannya atau pulangannya pada zahirnya, tetapi, ia perlu diteruskan secara konsisten sehingga anda jumpa "pukulan" terakhir tersebut! Pukulan terakhir tersebut akan menunjukkan hasil daripada kesemua usaha-usaha anda sebelum ini.

Petikan daripada Jutawan Dr Irfan Khairy

Saturday 17 September 2011

semangat yang baru..

Kononnya....


Satu Impian Lebih Baik Dari Seribu Mimpi, Satu Kesedaran Lebih Baik Dari Seribu Impian,
Satu Tindakan Lebih Baik Dari Seribu Kesedaran, Satu Matlamat Lebih Baik Dari Seribu Tindakan,
Satu Keihklasan Lebih Baik Dari Seribu Matlamat.
Mulakanlah Walaupun Sedikit, Melencong Seinci Rugi Seribu Batu '
KEAZAMAN UNTUK BERJAYA
di atas kegagalan anda semalam
binalah bangunan hidupmu buat hari esok
letakkan batu-bata tujuan yang teguh, dan
sediakan puing-puing raksasa dari kejatuhanmu yang silam,
ukirkan menara-menara yang hebat, bagi
membenam lembah-lembah air mata kehampaan.
Usahalah dengan sabar, walaupun usaha anda itu perlahan.
Namun dari hari ke sehari, binaan itu akan tumbuh cemerlang.
Percayalah kepada Tuhan, dan dengan penuh keyakinan,
Bahawa anda akan berjaya dari apa yang anda usahakan.

http://tatabahasabm.tripod.com/motivasi.htm

Friday 16 September 2011

Selamat Hari Malaysia..!!

I Love Malaysia..
Berbangga menjadi Rakyat Malaysia..
Hope Malaysia Terus Maju Dan Aman Damai..

dalam Dilema.....

oohhh..my blogku..
sudah lama ku xmengpoSt dlm blog niii..
maklumla cuti raya...hehehe..


skrang ni tgh duk pkr pasal satu bisnes nii...adakah patut untuk ku join???

MLM....MLM...
Join...xjoin.....Join..xjoin..

pening2..mcm2 aku search pasal Mlm nii..n mcm2 pendapat ado..
ado yg -ve n ado yg +ve...waduhhh,,,gimana niii...(smbl menggarukn kepala) ..(#_#)


join...xjoin..join...xjoin...bla2....

Ikhlaskah aku????


Tertarik dengan entry kat sATU bLOG niii..
adakah selama ini kita ikhlas???
jom kita kongsi baca Bersama....

Dari Amirul Mukminin Abi Hafsh, Umar bin al-Khatab r.a. berkata, bahawa saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya amal perbuatan itu bergantung kepada niatnya, dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang diniatkan. Barangsiapa hijrahnya menuju Allah dan RasulNya, diakan sampai kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa hijrahnya menuju dunia yang akan diperolehinya atau menuju wanita yang akan dinikahinya, dia akan mendapatkan apa yang diniatkannya.( HR al-Bukhari & Muslim )
Menurut hadis ini, kalimat “segala amal hanya menurut niatnya”, yang dimaksud dengan amal disini adalah semua macam amal yang dibenarkan syari’at. Maksudnya, segala jenis amal yang dibenarkan syari’at jika dilakukan tanpa niat, menjadi tidak bernilai apa-apa menurut agama seperti, wudhu’, mandi, tayamum, shalat, zakat, puasa, haji, i’tikaf dan ibadah-ibadah lainnya. Adapun menghilangkan najis tidak perlu niat, kerana perbuatan ini termasuk perbuatan menghilangkan yang tidak baik, jadi tidak perlu niat. Segolongan ulama berpendapat bahawa wudhu’ dan mandi tetap sah sekalipun tanpa niat.
Tentang sabda Rasulullah s.a.w “semua amal itu tergantung niatnya”, para ulama berbeza pendapat tentang maksud kalimat tersebut. Sebahagian memahami niat itu sebagai syarat, iaitu amal itu sah hanya apabila disertai niat; dan sebahagian lainnya memahami niat itu sebagai penyempurna, maksudnya amal itu menjadi sempurna bila disertai niat.
Menurut al-Khattabi, frasa “dan setiap orang hanya mendapatkan sesuai niatnya” menunjukkan pengertian yang berbeza dari sebelumnya, iaitu menegaskan bahawa sah atau tidaknya amal itu bergantung kepada niatnya. Juga Syaikh Muhyidin An Nawawi menerangkan bahawa niat itu menjadi syarat sah suatu amal. Sekiranya seseorang mengqadha’ shalatnya yang telah luput, dinilai tidak sah tanpa niat qadha’. Jadi, diaharus berniat apakah shalat Zohor atau shalat ‘Ashar atau yang lain. Sekiranya kalimat kedua di atas menetapkan pengertian seperti yang pertama, niscaya dibenarkan mencukupkan niat tanpa mengkhususkan perbuatannya, atau asal sudah berniat shalat. Wallaahu a’lam.
Ketiga, kalimat “dan barang siapa berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya”. Menurut huraian ahli Bahasa Arab bahawa kalimat syarat dan jawabnya, begitu pula mubtada’ (subjek) dan khabar (predikat) haruslah berbeza , sedangkan di dalam kalimat di atas ternyata keduanya sama. Kerana itu, kalimat syaratnya bermakna niat atau maksud, baik secara bahasa mahupun syari’at –maksudnya, barang siapa berhijrah dengan niat kerana Allah dan Rasul-Nya, maka akan mendapat pahala dari hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya itu-. Sebenarnya kenyataan nabi s.a.w ini berlaku kerana suatu sebab, iaitu adanya seorang lelaki yang ikut hijrah dari Makkah ke Madinah untuk mengahwini seorang perempuan bernama Ummu Qais. Dia berhijrah tidak untuk mendapatkan pahala hijrah, sebaliknya adalah untuk meminang Umm Qais itu.Kerana itu dia digelar Muhajir Ummu Qais. Wallaahu a’lam.


thanks 2 punyer blog..i like ur blog:) Berani Untuk Berubah....

Anda yang Terbaik

Daisypath Anniversary tickers