Wednesday 27 July 2011

tips ingin menjaDi UsahaWaN Berjaya.....


Just nk share ape yg sy bc drpd Irfan Khairi

PERTAMA
Usahawan digalakkan untuk tidak memilih bidang perniagaan tertentu hanya kerana melihat orang lain berjaya mengusahakannya, tanpa mengetahui selok-belok perniagaan tersebut. Pemilihan secara membuta tuli amat merbahaya kerana tidak dibuat berasaskan penilaian yang wajar.

KEDUA
Usahawan perlu mengelakkan melakukan tindakan mencampur-aduk urusan wang syarikat dengan urusan wang sendiri. Ramai usahawan gagal mengawal disiplin diri dalam aspek ini, dimana mereka menggunakan wang perniagaan bagi tujuan sendiri. Ini menyebabkan perniagaan menghadapi masalah aliran tunai yang seterusnya menyebabkan perniagaan gagal. Usahawan perlu faham konsep ‘entiti berasingan’ antara dirinya dengan perniagaannya dan menghormati perniagaannya sebagai satu entiti lain.

KETIGA
Jangan mengamalkan penipuan dalam perniagaan. Ini adalah tuntutan bukan sahaja amalamn perniagaan yang baik malahan juga diwajibkan dalam agama dimana peniaga dilarang menipu dalam timbangan, sukatan dan maklumat mengenai produk. Ada peniaga yang sanggup menipu bukan sahaja pelanggan, malah juga kerajaan dari segi pembayaran cukai dan sebagainya. Elakkan menipu dalam semua hal kerana lambat laun akan diketahui orang. Penipuan akan menghilangkan ‘barakah’ dalam urusan perniagaan kita.

KEEMPAT
Usahawan yang ingin berjaya harus mengelakkan diri daripada bersifat tamak. Ramai usahawan menjadi tamak dan cuba membuat terlalu banyak perkara dalam masa yang sama. Ini menyebabkan mereka hilang fokus. Orang tua-tua sudah berpesan, orang tamak selalu rugi. Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Ingat juga kata orang putih, “Rome was not built in a day”.

KELIMA
Elakkan meminjam wang jika tidak perlu. Apabila usahawan meminjam wang, tujuannya haruslah untuk membantu menyelesaikan masalah perniagaan, bukannya untuk menjadi masalah kepada dirinya. Oleh itu pinjam hanya apabila perlu dan yakin ia akan membantu perniagaan dan boleh dibayar balik. Tujuan pinjaman hendaklah dilaksanakan.

KEENAM
Jangan mudah percaya kepada semua maklumat yang diterima, lebih-lebih lagi jika sumber maklumat itu kabur. Dalam perniagaan, maklumat yang betul sangat penting supaya keputusan yang tepat dapat dibuat. Oleh itu pastikan setiap maklumat disahkan secara teratur. Jika usahawan tidak mengesahkan maklumat yang diterima, dia terdedah kepada risiko membuat keputusan yang salah.

KETUJUH
Jangan mempunyai perasaan dengki kepada usahawan lain. Ini satu kelemahan usahawan yang agak ketara. Sebaiknya, jadikan usahawan yang lebih berjaya sebagai penanda aras dan cabaran persaingan. Dalam perniagaan, jaringan amat penting untuk berjaya. Oleh itu kita seharusnya bekerjasama membantu satu sama lain dalam satu jaringan yang melahirkan sinergi, bukan menyimpan rasa dengki yang berhasrat memusnahkan.


Thursday 21 July 2011

nk start niaga online!!!!!

salam....
niaga online????
emm susah x ek..tp tgk org len ok  jer...
apepom y pnting kena usaha n xputus asa...
aja2 figthing...^_^

Wednesday 13 July 2011

next...GWA perfumes


1 KOTAK = RM 30
1 BOTOL = RM 8
sold out!!!!!!

  • keluaran-GREENWORLD AROMA ENTERPRISE
  • Minyak wangi tanpa allkohol 
  • y d rumus khas dgn formulasi minyak gaharu 
  • yg bersifat aromaterapi
  • dpt memberi ktenangan minda
  • dan menyerlahkan keterampilan diri individu
  • d inspirasikan drpd jenama antarabangsa
  • tahan lebih lama dan baik untuk menghilangkan stress
  • Kandungan-2.5 ml
  • terdapat 4 jenis wangian berbeza:
    • Dunhill desire
    • Dunhill
    • 1000 flowers
    • Dior

"GUNAKAN TANPA WAS-WAS"

Sunday 10 July 2011

Keronsang

 Code No: MS 001 
Price: RM 15 
Quantity: 1 sold out!!!

Code No: MS 002 
Price: RM 15
Quantity: 1 sold out!!!


Code No: MS 003
Price: RM20
Quantity: 1
Code No: MS 005
Price: RM 15
Quantity: 1 sold out!!!

Code No: MS 004
Price: RM20
Quantity: 1 sold out!!!

Code No: MS 005
Price: RM 15
Quantity: 1 sold out!!!

Anda yang Terbaik

Daisypath Anniversary tickers