Friday 16 September 2011

Ikhlaskah aku????


Tertarik dengan entry kat sATU bLOG niii..
adakah selama ini kita ikhlas???
jom kita kongsi baca Bersama....

Dari Amirul Mukminin Abi Hafsh, Umar bin al-Khatab r.a. berkata, bahawa saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya amal perbuatan itu bergantung kepada niatnya, dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang diniatkan. Barangsiapa hijrahnya menuju Allah dan RasulNya, diakan sampai kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa hijrahnya menuju dunia yang akan diperolehinya atau menuju wanita yang akan dinikahinya, dia akan mendapatkan apa yang diniatkannya.( HR al-Bukhari & Muslim )
Menurut hadis ini, kalimat “segala amal hanya menurut niatnya”, yang dimaksud dengan amal disini adalah semua macam amal yang dibenarkan syari’at. Maksudnya, segala jenis amal yang dibenarkan syari’at jika dilakukan tanpa niat, menjadi tidak bernilai apa-apa menurut agama seperti, wudhu’, mandi, tayamum, shalat, zakat, puasa, haji, i’tikaf dan ibadah-ibadah lainnya. Adapun menghilangkan najis tidak perlu niat, kerana perbuatan ini termasuk perbuatan menghilangkan yang tidak baik, jadi tidak perlu niat. Segolongan ulama berpendapat bahawa wudhu’ dan mandi tetap sah sekalipun tanpa niat.
Tentang sabda Rasulullah s.a.w “semua amal itu tergantung niatnya”, para ulama berbeza pendapat tentang maksud kalimat tersebut. Sebahagian memahami niat itu sebagai syarat, iaitu amal itu sah hanya apabila disertai niat; dan sebahagian lainnya memahami niat itu sebagai penyempurna, maksudnya amal itu menjadi sempurna bila disertai niat.
Menurut al-Khattabi, frasa “dan setiap orang hanya mendapatkan sesuai niatnya” menunjukkan pengertian yang berbeza dari sebelumnya, iaitu menegaskan bahawa sah atau tidaknya amal itu bergantung kepada niatnya. Juga Syaikh Muhyidin An Nawawi menerangkan bahawa niat itu menjadi syarat sah suatu amal. Sekiranya seseorang mengqadha’ shalatnya yang telah luput, dinilai tidak sah tanpa niat qadha’. Jadi, diaharus berniat apakah shalat Zohor atau shalat ‘Ashar atau yang lain. Sekiranya kalimat kedua di atas menetapkan pengertian seperti yang pertama, niscaya dibenarkan mencukupkan niat tanpa mengkhususkan perbuatannya, atau asal sudah berniat shalat. Wallaahu a’lam.
Ketiga, kalimat “dan barang siapa berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya”. Menurut huraian ahli Bahasa Arab bahawa kalimat syarat dan jawabnya, begitu pula mubtada’ (subjek) dan khabar (predikat) haruslah berbeza , sedangkan di dalam kalimat di atas ternyata keduanya sama. Kerana itu, kalimat syaratnya bermakna niat atau maksud, baik secara bahasa mahupun syari’at –maksudnya, barang siapa berhijrah dengan niat kerana Allah dan Rasul-Nya, maka akan mendapat pahala dari hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya itu-. Sebenarnya kenyataan nabi s.a.w ini berlaku kerana suatu sebab, iaitu adanya seorang lelaki yang ikut hijrah dari Makkah ke Madinah untuk mengahwini seorang perempuan bernama Ummu Qais. Dia berhijrah tidak untuk mendapatkan pahala hijrah, sebaliknya adalah untuk meminang Umm Qais itu.Kerana itu dia digelar Muhajir Ummu Qais. Wallaahu a’lam.


thanks 2 punyer blog..i like ur blog:) Berani Untuk Berubah....

No comments:

Post a Comment

Anda yang Terbaik

Daisypath Anniversary tickers