Tuesday 20 September 2011

Cara Solat Jamak!!!

Solat jamak ertinya menghimpunkan dua solat dalam satu waktu, misalnya menghimpunkan solat Zohor kepada Asar dan sebaliknya serta fardhu Maghrib dan Isyak dan sebaliknya.

Jamak Taqdim adalah bila solat Zohor dijamakkan dengan Asar pada waktu Zohor,solat Maghrib dan Isyak pada waktu Maghrib. Syarat jamak Taqdim iaitu dimulai
dengan solat yang punya waktu, niat jamak pada solat yang pertama, muwalat atau
berturut-turut, berkekalan musafirnya hinggalah takbir solat yang kedua.

Jamak Ta'khir adalah, melaksanakan solat Zohor dan Asar pada waktu Asar, solat
Maghrib dan Isyak pada waktu Isyak. Syaratnya berniat hendak menta'khirkan solat
yang pertama pada waktu yang kedua, berkekalan musafir sehingga selesai kedua-dua
solat. Solat jamak Tak'hir tidak disyaratkan tertib ertinya boleh yang mana dahulu dan
yang mana kemudian.

No comments:

Post a Comment

Anda yang Terbaik

Daisypath Anniversary tickers