Tuesday 9 October 2012

says Malaysia...

assalamualaikum..
apa khabar hari ni..
dah lama xupdate blog ..yela asyik duk update kat facebook je..
ok hari ni nk bgtaw pasal cm ne nk dapat duit drp internet tanpa MODAL..
 pernah dgn pasal says??
Says ini memang popular dikalangan blogger. Malah ramai yang dah dapat banyak income dari says.

Says ini ialah salah satu kerja sambilan yang korang boleh buat dengan hanya mengiklankan kempen2 says di wall Facebook ataupun Twitter. Kalau ada blog boleh share juga di blog. (macam sy ni)
Mana-mana pilihan yang mudah bagi anda.anda boleh memilih iklan mana yang anda rasa sesuai untuk dikongsi bersama teman-teman anda daripada pilihan tawaran kempen-kempen yang ada.

Macam mana nak dapat duit dengan says?

Senang je. Mula-mula kena daftar dulu dengan says.

1. Kemudian pilih mana-mana kempen dalam list says.
2. Klik kat kempen tu.
3. Says akan beri satu link untuk dipromosikan.
4. Copy link dan paste link tersebut @ promosi di wall facebook atau tweet di twitter atau boleh juga klik je button
share dan tweet yang dah ada kat website says. boleh juga share di group-group yang anda biasa join.

Kalau sesiapa klik iklan tersebut, anda akan dapat RM0.20. Kira oklah selama ini pun kita memang suka sangat share
macam2 video lagu, artikel, gambar kat facebook kan? Kira berbaloi jugak sambil on facebook boleh dapat
income bila kawan-kawan nak klik tengok.

kalau kawan-kawan anda join says melalui referral yang anda promote macam ni:
anda akan dibayar rm5.
bayaran akan dibuat terus ke dalam akaun anda apabila anda tekan butang cash out.
minimum amount yang anda boleh minta says bank in ke akaun anda adalah apabila dah cukup rm50.

Bagaimana nak daftar says?

1. klik link ni -->: daftar says

2. Klik “sign up” untuk sign up dan follow je step yang diberikan dengan mengisi borang yang tersedia. lepas tu buka email untuk pengesahan akaun.

3. Dah siap dan anda boleh mula langkah pertama share “SPECIALS” @ kempen iklan sama ada di facebook, twitter, forum, atau di blog.

Setiap per klik anda akan dapat RM0.20-0.40. Kalau rajin promote dan pandai teknik lagi mantap korang punya earning says. Setakat RM100 tue pejam mata pun boleh dapat.

Sambil online facebook dan twitter boleh la juga share Iklan dari says. Dapat juga income boleh beli barang yang selama ini diidamkan.

p/s: Pada yang nak join tapi ragu2 dont worry PERCUMA je daftar. Takde perlukan apa-apa modal untuk daftar says dah share iklan says.
-----------------------------------------------------------------------
Daftar Sekarang ! -->
=====================================


Sunday 17 June 2012

11 bulan 2 hari

assalamualaikum..

sedar xsedar dah 11 bulan saya bersama blog E-harmoni life.....terasa baru saja buat blog ni..
tujuan blog ni sebenarnya untuk memasarkan produk saya....tetapi  xjadi la plak....blog ni khas untuk sesi pendapat, sharing2 dan macam2...

blog biz saya ialah: www.jomcetakcenderahati.blogspot.com....kawan boleh lah jenguk2 kat situ..tq..

Tuesday 5 June 2012

PELIK MAKANAN GEGEMARAN LELAKI INI KACA,MANGKUK



 ALOR GAJAH: Pelik apabila seorang lelaki di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, di sini, selamba mengunyah pinggan, gelas serta cawan kaca yang dijadikan ‘hidangan sampingan’ sejak usianya belasan tahun hingga kini.

lelaki+makan+kaca
Lebih mengejutkan, Mohd Zamzuri Bashar, 39, turut meminum racun rumpai selepas menikmati makanan, malah mendakwa tidak pernah menghadapi masalah kesihatan akibat semua tabiat anehnya itu.

Bertugas sebagai juruteknik di sebuah agensi kerajaan, Mohd Zamzuri berkata, semuanya bermula secara spontan ketika dia masih bersekolah dan berkenalan dengan seorang ustaz dan mendalami ilmu ‘jati diri’.

Katanya, mulanya terasa janggal hendak menggigit kaca, namun lama kelamaan perasaan itu dapat dikikis tanpa dorongan sesiapa.

“Semuanya bermula apabila saya didatangi seorang ustaz mencadangkan saya yakin pada diri sendiri dan sentiasa mengamalkan ayat suci al-Quran sebagai amalan harian.

“Nasihat ustaz terbabit amat menyentuh hati kerana setiap perbuatan yang kita lakukan mestilah dengan ikhlas dan sentiasa beramal dengan al-Quran supaya kita tidak sesat,” katanya.
lelaki+makankaca2
Mohd Zamzuri berkata, selepas beberapa bulan mendalami ilmu ‘jati diri’, keinginannya hendak mengunyah sesuatu mula memuncak namun hanya berselera pada barangan berkaca.

“Pada satu pagi ketika bersiap ke sekolah, saya tergigit gelas dan pecah kemudian secara spontan saya kunyah serpihan gelas itu seperti mengunyah kacang goreng.

“Sejak kejadian itu, saya pantang melihat gelas kaca atau pinggan pasti ada yang pecah atau rosak dimakan oleh saya tapi masih mampu mengawal perasaan sehingga sekarang,” katanya.

Beliau yang kini mengamalkan perubatan dan rawatan Islam berkata, selepas beberapa tahun berlalu amalan berkenaan sudah sebati dalam dirinya dan berterusan sehinggalah sekarang.

“Dalam rawatan secara Islam amalan makan kaca dapat kurangkan kesan santau lebih-lebih lagi yang dibuat melalui cara halus seperti sihir atau ilmu hitam,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pegawai Syarak negeri Melaka, Datuk Abu Khir Jamaluddin ketika dihubungi berkata, perbuatan memakan kaca bergantung pada keadaan tubuh badan individu itu sendiri.

“Jika ia bersesuaian rasanya tidak salah asalkan kena dengan tekniknya dan mestilah yakin dalam mengamalkan ayat suci al-Quran sebagai amalan seharian supaya tidak jatuh khurafat.

“Makan kaca adalah amalan bagi menghindari santau dan dimakan secara suka-suka oleh individu tertentu asalkan tidak bertentangan dengan Islam,” katanya ketika dihubungi bagi mengulas isu berkenaan.
 
 

Anda yang Terbaik

Daisypath Anniversary tickers