Sunday, 16 October 2011

Air BeraLkali???

Kenapa Air Beralkali Penting Terhadap Kesihatan?
Tubuh manusia berfungsi pada tahap optima apabila berada dikeadaan yang tidak terlalu berasid juga tidak terlalu beralkali. Malangnya, kebanyakkan dari kita mempunyai tubuh berasid disebabkab oleh pemakanan, minuman, dan stress dan pencemaran. Paras keasidan ataupun kealkalian di ukur dengan nilai “pH”, bermula daripada 0 sehingga 14. Nilai pH 7 adalah neutral, kurang daripada 7 dikatakan berasid, lebih daripada 7 pula beralkali. Menurut teori fisiologi manusia, paras pH sihat adalah di antara 7.35 – 7.45. Untuk memelihara nilai pH sihat ini, para profesional kesihatan menyarankan supaya mengambil makanan yang membuat nilai pH tubuh berada di dalam keadaan beralkali seperti sayur-sayuran dan buah-buahan, bersenam secara tetap, mengamalkan gaya hidup sihat dan mengambil minuman beralkali.

No comments:

Post a Comment

Anda yang Terbaik