Thursday 24 May 2012

7 CARA PEMASARAN BERKESAN DI FACEBOOK

1. Kumpul “friend” & berkomunikasi
Utamakan kualiti berbanding kuantiti. Keberkesanan promosi di FB hanya apabila anda dan “friend” sudah berkomunikasi dan kenal satu sama lain, atau mereka telah mengenal diri anda atau perniagaan anda.
Cara untuk berkomunikasi dengan mereka ada pelbagai cara sama ada melalui mesej Inbox dan juga menggunakan Wall mereka. Ingat, jangan spam atau promosikan apa-apa. Cukup memperkenalkan diri atau memberikan informasi yang berguna untuk mereka.
2. Bahagian profile diri yang jelas dan lengkap
Isi semua maklumat yang diperlukan pada bahagian profile seperti nama perniagaan anda, laman web, blog dan lain-lain lagi. Ini semua bagi memastikan “friend” dapat mengenali anda dengan mudah dan jelas.
3. Memberikan status berbentuk informasi yang berkaitan dengan produk dan perniagaan atau sebarang aktiviti yang dilakukan.
4. Membuka Page atau Group sendiri
5. Tulis Notes (nota) dengan menggunakan fungsi Notes. Rakan-rakan anda di FB pasti menghargainya.
Apa itu Notes? Notes lebih kurang saja dengan penulisan di blog, malah artikel di blog kita boleh dimasukkan secara automatik ke bahagian Notes di FB.
6. Selain menulis, anda juga boleh berkongsikan gambar atau video yang berkaitan dengan
7. Jangan SPAM
Ya, jangan spam! Ramai orang yang melanggar pantang larang ini. Mereka ingat, FB itu milik mereka kah mahu spam sesuka hati? Jangan sampai privasi orang lain terganggu dengan teknik spam, yang bukan sahaja membuatkan mereka tidak selesa atau marah, malah ia salah di sisi peraturan pihak FB.
Kesimpulan
Pemasaran di Facebook mengambil masa, melainkan anda bijak menggunakan strategi dan juga automasi seperti menggunakan teknik Application seperti aplikasi berbentuk game atau kuiz.
SEMOGA BERJAYA ….

info lanjut boleh download

No comments:

Post a Comment

Anda yang Terbaik

Daisypath Anniversary tickers