Wednesday, 15 February 2012

apa maksudnya....

Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ...
bismillahirrahmannirrahim"

Tafsirannya:

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang
direjam,
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Mengasihani

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja
kerja kerana
dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan
yang berada didalam
tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan
berlari keluar
umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,
kemudian bacalah
surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad.
Allahussamad.
Lam yalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan
ahad.) sebanyak 3
kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca
bismillah.
Berilah salam k! epada anggota rumah dan sekiranya tiada
orang di rumah
berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib)
yang diucapkan
pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan
kubur. Apabila
malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat
akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka
yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap
di akhir solat akan menolongnya menjawab salam
malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit
sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan
membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari
kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya
dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim
lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam
Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada
umatny! a :
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam
jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari
sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah
mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an
dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali
mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada
Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil
pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu.
Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga
kali.

Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa
Saiyidina Ali betul
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca
surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran
kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah
bersabda:
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka
saya telah melihat
Arasy di atas 360,000 sendi ! dan jarak jauh antara satu
sendi ke satu sendi
ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi
itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya
setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga
ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat
80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah
Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah
tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan
kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya
lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul
Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail
a.s, Allahhus Somad itu tertulis disayap
malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis
pada sayap malaikat
Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis
pada sayap malaikat Israfil a.s.

Nota:

Jika sekiranya kawan-kawan ing! in mengumpul saham
akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang
lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah
pesananku walaupun satu ayat'
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu,
hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada
orang lain

1 comment:

Anda yang Terbaik