Thursday, 5 January 2012

sambungan Ramuan Herba YAng terdapat Dalam X'sotika


"Crocus Sativus / Flos Carthami"
Herba ini telah digunakan secara tradisional untuk orang yang mengalami kejutan, kemurungan dan masalah bersangkutan dengan haid. Pada zaman purbakala Rom, herba ini digunakan untuk menyingkir toksid akibat pengambilan alkohol yang berlebihan.
Herba ini juga mempunyai sifat-sifat sedatif, anti sawan, membuang kahak dan meningkatkan syahwat. Ujian di makmal menunjukkan herba ini mempunyai ciri-ciri farmalogikal seperti boleh membantu mengurangkan tekanan darah dan denyutan jantung, juga merangsang pernafasan.
"Rhizoma Gastrodiae Elata"
Herba ini serasi dengan herba yang lain dan selalu digunakan dalam penyediaan tonik yang kuat untuk kesihatan secara am.
Herba ini digunakan untuk mengurangkan tanda-tanda serangan sawan. Selain itu, ia juga digunakan untuk mengurangkan tanda-tanda serangan vertigo akibat daripada fungsi hati yang terlalu aktif, mengurangkan tekanan serta mengurangkan stress.

No comments:

Post a Comment

Anda yang Terbaik