Tuesday 10 January 2012

ramuan - X'SOTIKA

"Flos Rosae Chinesis"
Herba ini kerap digunakan dalam penyediaan untuk melancarkan peredaran darah, mengawal kitaran haid, mengurangkan penyakit senggugut dan boleh mengurangkan bengkak-bengkak.
Apabila digabungkan dengan herba yang lain, rumusan ini membantu dalam kesejahteraan kesihatan apabila penggunaannya dapat melancarkan peredaran darah ke organ penting. Dahulu herba ini memberi manfaat kepada wanita sahaja, tetapi sekarang orang lelaki juga mendapat manfaatnya dalam meningkatkan fungsi koronari.

"Cordycep Sinensis"
Herba ini digunakan secara tradisional di China dalam memulihkan kembali kesihatan seseorang itu selepas menghidapi penyakit. Ia membantu menguatkan sistem imun dan digunakan dalam penjagaan penyakit .
Herba ini menarik perhatiaan umum apabila sekumpulan pelari China telah memecahkan rekod di "World Outdoor Track and Field Championship" di Jerman. Jurulatih mereka mengatakan pelari-pelari tersebut telah mengambil tonik ini secara teratur dalam menolong menambahkan stamina, tenaga, dan daya ketahanan badan dalam melakukan aktiviti fizikal. Ini menjadikan herba ini merupakan suplemen yang paling laris dalam bidang sukan.

No comments:

Post a Comment

Anda yang Terbaik

Daisypath Anniversary tickers